22 April 2015

Trip Sabah | Sabah Tea Garden, Ranau

Salam.

Bertemu lagi. Entri kali ni betul-betul last pasal Trip Sabah. Tapi baru untuk hari kedua. Hari ketiga, keempat dan kelima belum lagi. Nampak gaya, saya update entri Trip Sabah ni by place la cerita dia. Tak boleh nak menaip lama-lama. Haha!

**********

Lepas dah puas berendam kaki and main-main dengan ikan, then kami terus bergerak ke ladang teh. Lokasi dia betul-betul sebelah fish spa ni. Tapi jalan nak ke ladang teh tu, MasyaAllah. Rasa sendiri la. Jalan berbatu. Bukan berturap. Memang sakit punkoq la kalau tak drive selo-selo. Tapi kami gagahkan jugak drive sampai ke atas bukit sana sebab nak tengok view ladang teh ni. Korang jugak boleh tengok view Gunung Kinabalu yang tersergam indah nun jauh di sana. Eceh! Tapi betul la.


Kemain sampai ke ladang teh Sabah kau dah sampai, siap posing bagai tapi ladang teh Cameron dekat semenanjung tak p lagi. Haha! Takpa, ladang teh Cameron tu dah ada dalam perancangan. Pergi Sabah bukan selalu. Bak kata member. Tapi saya ada niat nak repeat balik. LOL! Jadik, tak bolehlah nak compare ladang teh mana yang paling best. kat Cameron atau kat Ranau, Sabah ni.



Nak tahu tak? Keluasan Sabah Tea Garden ni kira-kira 6000 ekar luas. Dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan tumbuhan dan haiwan unik. Tapi cuma 1000 ekar tanah sahaja yang diperuntukkan untuk aktiviti penanaman teh. Apa pun kawasan dia still agak besar juga kan? Teh di sini ditanam secara organik and tak guna bahan kimia atau racun perosak. For your information, Sabah Tea Garden merupakan satu-satunya ladang teh organik yang terdapat di seluruh kepulauan Borneo.



Apa yang guwa tengok?

Ni la yang guwa tengok. Ada history


As usual, walaupun dah petang, cahaya matahari still terang benderang. Sampai silau haa. Kalau kat bawah pokok tu redup, snap gambar pun nampak gelap je latar belakang. Haha! Terpaksa la edit sikit guna apps kasi cerah. Kat sana, jangan lupa rasa teh tarik pandan dia. Dah alang-alang tea time, lepak sana jap. Dah puas berjalan dalam kawasan ladang teh kan. Sedap jugak. Beli serbuk teh kat sana murah sikit compare dengan kat pasar luar. And kompem takdak GST. Haha!





Sabah Teh Tarik Pandan & Sabah Teh Tarik Nalapak
RM6.40 each of the glass include GST

Sabah Tea Garden ni bukan hanya sesuatu tempat untuk meninjau ladang teh atau menghirup secawan teh, tapi pemandangan kawasan dia tu sendiri yang begitu indah, sedap mata memandang, hijau dan subur memang sudah cukup untuk menarik saya ke sini. Pheww! Kena pergi ladang teh Cameron secepat mungkin ni. Haha!


Malam tu, tak tahu nak makan apa. Apa yang kami makan eh untuk dinner? Rasanya takdak kot. Sebab masing-masing dah penat. Oh! Yang kawan tu, dia makan burger KFC yang dia tak habis makan masa lunch tu. Tak lapar sebenarnya, and tak jugak kenyang. Tapi rasa nak mengunyah. Plus dah penat, malas nak keluar da.

Jumpa lagi next entri. Kita pergi Kundasang pulak.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment