18 April 2015

Trip Sabah | Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu

Salam.

Bertemu lagi. Genap 12 hari lepas saya balik bercuti dari Sabah hari tu. Balik bercuti, kerja menggunung tinggi pun menanti. Komitmen pada kerja juga penting. Dats y lama tak update blog. Huhu. Takpa, kita cerita selo-selo la ye. Oh ye! Hadiah paling bermakna yang saya bawa balik dari Sabah -- sunburn tangan, kaki dan muka. Ada dua tona warna. Haha!

**********

Macam biasa, flight saya ke Sabah jam 12.45pm. And macam biasa jugak, tak ada orang nak hantar saya ke KLIA2. Sebab saya pergi tu 2 April, and weekdays. So, kawan-kawan semua kerja at that time. Syukur ada adik junior masa study dulu, tolong hantarkan. So, kereta saya park dekat kolej penginapan depa. Boleh jugak depa tolong tengok-tengokkan.

Lepas sarapan around jam 9.15am, kami bertolak ke KLIA2. Since kami bertolak dari Bangi, so perjalanan ke sana around 20 minit je la. And depa sempatlah pergi kelas jam 10am tu. Kawan saya cakap, saya semangat nak p bercuti. Awai sangat sampai airport. Nak buat macam mana. Depa available time tu je. Takpalah. Melepak la saya di surau KLIA2 sana tu sementara menanti boarding time.

Jalan-jalan dalam awan. Hoho!

Flight hari tu memang tak penuh. Banyak jugak la seat kosong. So, bebas sikit time tu kaki bergerak. And flight time tu jugak tak berapa lancar due to air turbulence. Memang bergegar-gegar la korang rasa. And saya rasa time tu heavy cloudy kot. Sebab kebanyakkan view kat langit tu kaler putih je. Lalu dalam awan. Eh! Lupa nak habaq. Trip Sabah saya ni, saya pergi berdua je dengan kawan saya. Tapi dia bertolak dari Kuching, Sarawak.

Kat bawah tu negeri mana ea? Sarawak ea?

Flight selama 2 jam 30 minit sampai ke destinasi. Flight kawan saya dari Kuching jam 1.50pm. Flight dari sana 1 jam 30 minit lebih kurang. So, kami akan sampai ke KKIA Terminal 2 dengan jarak kawan saya lewat 5 minit. 10 hari yang lepas, saya baru balik dari Sabah sebab kursus. Jadi, bila sampai ke Sabah balik, tak rasa kekok la. Malah, saya lagi pantas dari kawan saya. Haha!

Kawan saya cakap dia tertinggal selipar. Kalut sangat sebab hari tu dia kerja separuh hari. Macam tak percaya. Tadi kat Kuching, Sarawak and dalam masa tak sampai 2 jam dah ada kat Sabah. Haha! Lepas cari barang-barang keperluan yang tak complete, kami terus bergerak ke penginapan. Dari airport, just jalan kaki je la. Time tu tak kesah pun even cuaca panas. Sebab tak rasa panas. Sejuk ekon dalam flight masih terasa.



Nama tempat penginapan tu, Borneo Beachouse (Backpackers). Tak sempat nak snap pic. Eksaited sangat. Kahkahkah! Ada gambar hasil Ehsan Google je. Harga RM78 semalaman. Bilik twin, kipas and bilik air kongsi. Tak recommend. Tapi boleh lah just untuk rehat buat cover balik tenaga untuk perjalanan hari esok. Ok la tu, dekat dengan airport and dekat jugak dengan First Beach Tanjung Aru. So, petang tu, bolehlah tengok sunset.



Lepas solat, kami pergi ke Tanjung Aru. Sementara nak tunggu sunset, kami lepak jap kat food court cari air buat hilang dahaga ni. Rimas jugak sebab depa dok panggil-panggil mai datang kedai depa. Tak tahu nak minum kat kedai mana sebenarnya. Kami pilih berdasarkan signboard kedai yang paling menarik. Haha! Sebab kedai hari tu yang saya pergi tak berapa padu ABC dia. Kawan saya try ABC buah special, ada aiskrim. Saya try jus dragon fruit. Ohsem gile! Pekat betul jus dia. Nyummeh!


Jalan depan lagi, nampak la landasan kat airport. Yeke? Haha




Tak gelap lagi tapi bulan dah cerah

Dah nak dekat-dekat jam 6pm, kami jalan-jalan area pesisiran pantai. Tengok orang mandi-manda. Main-main dengan kerang siput, ketam, ombak, snap-snap picture and macam-macam lah yang ada kat pantai tu. Haha! Masa saya ke pantai, terasa sebak. Sebab saya boleh repeat balik moment tu dalam masa tak sampai dua minggu. *I iz crying* T__T





<3 tu dah ada kat situ, tinggai posing ja

Lepas dah tengok sunset, kami singgah food court jap for dinner. Takdak la dinner yang berat-berat sangat. Saya beli kepak ayam ja and kawan saya makan sate. Tak terasa nak makan seafood ke or what. Sebab tahu, nanti kat KK nak dinner dengan seafood. Hehe! Kepak ayam harga RM5 untuk 3 ketul and sate harga RM7 untuk 10 cucuk. Sebenarnya dah penat and fikir nak rehat and tido je. Jam 9pm, owner kereta sewa nak hantar kereta pulak.


Masa kereta sampai, saya suruh kawan saya cek kondisi kereta sebab saya memang dah aim yang dia akan lebih banyak drive dari saya. Lagi pun, saya dah tak boleh berfikir dengan baik sebab dah swing. Haha! So, kawan saya pun cek kereta tu. Puas hati. Tapi..

Ok, nanti dulu. Lepas dah buat payment, and masa kawan saya nak park kereta kat dalam pagar, saya pelik apesal lambat sangat si member ni. Takkan park kereta pun tak pandai? Or dia dah biasa bawak Myvi, bila dapat Viva, janggal plak? Saya tanya kat kawan tu, ok ke tak kereta tu. Kawan cakap, ok ke tak ok, dah bayar. And asal boleh naik bukit Kundasang. Haha! Ok. Saya iyakan aje. Katil dah memanggil-manggil.

**********

Sebenarnya tak tahu nak buat entri macam mana. Nak buat by day. Or nak buat by place. Or nak buat by category? Haha! Sambung next entri nanti. Tamatlah sudah hari pertama di Kota Kinabalu. Esok pula ke mana kita? Nantikan.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment