27 April 2015

Trip Sabah | Jambatan Tamparuli & Rumah Terbalik, Tuaran

Salam.

Sambung lagi cerita.

Fefeeling bergambar dekat
ladang (baca: kebun) stroberi

Setel area Kundasang, kami ke Tuaran pula untuk Jambatan Tamparuli and Rumah Terbalik. On the way nak ke sana, kami plan nak beli buah stroberi. Sebab time tu gerai kat Pekan Kundasang -- ke Pekan Nabalu? tak bukak lagi. Asyik terlepas je ladang stroberi. Last-last singgah jugak la kat satu ladang ni. Kecik je. Buah dia pun comei and masam. Bolehlah buat cukup syarat -__-


Masa kami singgah kebun -- lebih sesuai kot. Ladang macam mustahil. Haha! stroberi ni, buah dia tinggai hat kecik-kecik ja. Baru lepas petik agaknya. Fefeeling nak petik buah stroberi terbantut. Pasai comei sangat, tak jadilah nak petik. Just bergambar je la. And kami beli dua peket buah stroberi. Uncle ni takmau kasi kurang lagi. Sepeket RM14. Dua peket RM26.



Selamat datang ke Tamparuli. Tempat yang femes dengan Jambatan Tamparuli. Majoriti yang tinggal di situ, ramai kaum kadazan dusun.  Jadi tak hairanlah lagu Jambatan Tamparuli ini dicipta  oleh seorang kadazan dusun bernama Justin Lusah dan dinyanyikan oleh beliau sekitar era 70-an. Lagu dia pasal sorang gadis secara tak sengaja terjatuhkan kasut dia masa dia lalu dekat jambatan tergantung tu.

Jauh. Malas nak jalan sampai sana -,-



Kat sini ada pasar. Nama dia Tamu Tamparuli. Korang boleh tengok macam mana diorang -- kebanyakkannya orang-orang tua yang guwa nampak berurus niaga, tawar-menawar dalam urusan jual-beli dekat situ. Tapi hari tu tak dapat tengok la scene yang saya nyatakan tu sebab pasar tu setiap hari Rabu je. Hari lain, pasar still open macam biasa. Tapi tak berapa meriah. Suasana yang biasa-biasa je la yang selalu korang tengok. Itu pun kalau korang pernah pergi pasar basah. Haha!


Lepas dah puas bergambar dekat Jambatan Tamparuli, kami terus bergerak ke Rumah Terbalik. Kawan saya cakap, tempat ni la yang paling susah nak ingat sebab tiket mahal. RM10.60 inlcude GST and then tak boleh snap picture. Macam takdak memori yang lekat masa p sini. Memang betul la. Gambar kami berdua dekat sini tak sampai 10 keping pun snap. Kahkahkah!


Ada satu bilik bilik utama dalam Rumah Terbalik tu. Dekat lantai dia ada cermin besar. And imej dalam cermin tu merupakan pantulan dari susunan katil kat siling tu. So, bila tengok dalam cermin tu, nampak macam susun atur bilik tu normal. Kawan saya suruh saya curik-curik snap gambar sebab saya bawak kamera kecik. Tapi saya tak buat sebab malas nak off sound camera. Korang boleh snap sebab takdak CCTV pun. Kalau kantoi, risiko sendiri la ye! Haha!



Dari bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj, semuanya dalam kedudukan terbalik. Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh usahawan Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah. Baru 6 minggu open dekat public, da tarik 3000 orang pelancong. Pheww!


Rumah Terbalik ni merupakan Satu-satunya 'rumah terbalik’ yang terletak di kaki Gunung Kinabalu (?) -- tak sure dan yang pertama di Malaysia kini menjadi tarikan pelancong di Sabah. Dan juga merupakan yang pertama di south east asia dan salah satu antara 5 bijik struktur terbalik di dunia. Masuk dalam Malaysia Book of Records kot. Power tak power?


Lepas dah pusing-pusing situ, kami tengok jam baru 12.30pm. Awal lagi. Takkan nak balik KK dah? Saya decide lagi, kami ke Kudat. Walaupun perjalanan dia makan masa around 2 jam 30 minit, tapi kami tetap positif nak ke sana. Assume je la korang p Melaka dari KL semata-mata nak makan nasi minyak kat kenduri then balik. Haha! So, yang plan ke Kudat ni memang last minit. Takdak dalam tentatif program pun.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

No comments:

Post a Comment