23 November 2014

Jalan-jalan | Taman Saujana Hijau, Putrajaya

2 comments
Semenjak dua menjak ni, saya telah berazam nak habiskan berjalan-jalan dengan round satu Putrajaya. Tapi tidaklah dalam masa satu hari. Paling koman pun, satu hari boleh pergi 2 atau 3 tempat saja.

Jadi, tempat pertama yang saya pergi semalam ialah Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11. Untungnya penduduk di sini, mereka boleh bersiar-siar atau jogging bersama-sama keluarga, rakan dan taulan pada waktu petang di taman ini.

Tapi biasalah, tak semua orang nak explore berjalan-jalan tempat sendiri. Itulah yang saya boleh simpulkan bila mana kawan saya sendiri yang duduk di Presint 11, masih belum menjejakkan kaki lagi ke taman ini.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)