29 March 2014

Trip Langkawi | Look Out Point

0 comments
Dekat Langkawi, ada satu tempat ni nama dia Look Out Point. Tak ada dalam tentatif program pun sebenarnya. Tapi masa on the way nak ke kilang gamat, ternampak signboard ni. Jadi, saya cadangkan kepada abang ipar saya supaya singgah sana untuk tengok matahari terbenam.

Orang cakap, barang dan coklat kat HIG dulu murah. Mungkin jenama dia sudah popular. Walaupun beza dengan kedai lain cuma RM1, tapi kalau dah beli sekali borong, banyak jugak boleh saving. Kebetulan, masa tu ada 2 jam lebih sebelum nak sunset. Jadi kami semua bercadang untuk pergi shopping cenderahati dan coklat yang telah dikirim oleh rakan dan keluarga di Haji Ismail Group (HIG).

"Papa! Tu kapal terbang!" - Adam eksaited.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

20 March 2014

Trip Langkawi | Langkawi Bird Paradise Wildlife Park

0 comments
Petangnya, selepas kami lunch, solat jama’ takdim -- musafir dan rest, kami ke lokasi seterusnya, Langkawi Bird Paradise Wildlife Park yang terletak di Jalan Ayer Hangat. Cuaca yang panas membahang macam ni, eloklah kalau berjalan dalam bangunan saja.

Seperti biasa, sebelum ke kaunter di lobi, sediakan IC siap-siap untuk beli tiket. Harga tiket untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 dari umur 3 hingga 12 tahun. Rasanya masa pergi hari tu ada diskaun 50% kot. Sama ada bayar RM7 atau RM15. Tak ingat dah!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 March 2014

Trip Langkawi | Langkawi Cable Car & Oriental Village Langkawi

2 comments
Aktiviti pertama kami di Langkawi di awal pagi ialah menaiki Langkawi Cable Car, yang terletak di Oriental Village. Kami bersarapan di satu kedai makan yang berada di kawasan parking kereta dekat Oriental Village tu.

Jangan lupa check-in Foursquare ye. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)