23 November 2014

Jalan-jalan | Taman Saujana Hijau, Putrajaya

2 comments
Semenjak dua menjak ni, saya telah berazam nak habiskan berjalan-jalan dengan round satu Putrajaya. Tapi tidaklah dalam masa satu hari. Paling koman pun, satu hari boleh pergi 2 atau 3 tempat saja.

Jadi, tempat pertama yang saya pergi semalam ialah Taman Saujana Hijau yang terletak di Presint 11. Untungnya penduduk di sini, mereka boleh bersiar-siar atau jogging bersama-sama keluarga, rakan dan taulan pada waktu petang di taman ini.

Tapi biasalah, tak semua orang nak explore berjalan-jalan tempat sendiri. Itulah yang saya boleh simpulkan bila mana kawan saya sendiri yang duduk di Presint 11, masih belum menjejakkan kaki lagi ke taman ini.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

04 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Cowboy Town, A’Famosa Resort Malacca

3 comments

Salam.

Saya sambung lagi cerita pasal A’Famosa Resort Malacca (ARM) ni. Kali ni, kami nak pergi ke Cowboy Town (CT) atau nama lain dia Old West.

Petang hari merdeka, lebih kurang jam 5.45 petang, saya terjaga dari tidur. Saya ingatkan saya tidur setengah jam je. Rupanya almost 2 jam lebih. Perut terasa lapar. Kawan saya suggestkan kami pergi makan cendol petang tu. Tapi bila dah sampai kat situ, warung cendol tu dah tutup. Kempunan nak makan cendol dengan labu goreng.

Kawan saya suggest lagi supaya makan cucur udang kat Medan Selera Alor Gajah. Bila dah sampai, kedai tu baru lepas tutup. Dia cakap -- cucur udang dah abes la dik! Pfftt! Kempunan lagi. Last-last kami makan sate je. secucuk 60 sen. Buat alas perut supaya malam nanti tak kelaparan.

Kak, redeem kupon koboi. Untuk 2 orang ye.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

03 September 2014

Trip Melaka - Negeri Sembilan | Animal World Safari, A’Famosa Resort Malacca

2 comments
Salam.

Entri kali ni saya nak cerita pasal trip saya pada cuti merdeka, 31hb Ogos yang lepas. Memandangkan saya assumed yang KL akan sesak -- walhal sebenarnya tak pun, jadi saya decided berlibur ke tempat selain dari KL. Jadi, saya bersama seorang partner in crime ke A’Famosa Resort Malacca (ARM). First, kami pergi ke Animal World Safari (AWS) dulu.


Saya nasihatkan, better datang awal sikit sebab nak parking. Dan semestinya untuk mengelakkan kesesakan jalan. Oh ye! Bayaran untuk parking adalah sebanyak RM3 untuk sekali masuk. Kalau korang keluar-masuk 3 kali, 3 kali lah kena bayar. Lepas tu, kami parking dekat tepi-tepi jalan je. Senang nanti nak keluar kereta masa nak balik.

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

15 August 2014

Pertandingan Mencipta Logo dan Moto 5S

0 comments

Salam. Lama gila tak tulis entri. Hari ni, mood baik. Rasa nak menulis.

Baru-baru ni, jabatan saya ada menganjurkan satu contest, iaitu Pertandingan Mencipta Logo dan Moto 5S. kenapa 5S? Sebab HOD dah decide nak laksanakan Amalan 5S dalam jabatan. Korang tahu tak Amalan 5S tu ape? Mesti tahu kan? Takpa. Saya briefing sikit.

Amalan 5S merupakan satu kaedah pengurusan yang dipelopori oleh pihak industri di Jepun bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat.

Amalan 5S bermatlamat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal. Pelaksanaan amalan 5S dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, iaitu;

MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

29 March 2014

Trip Langkawi | Look Out Point

0 comments
Dekat Langkawi, ada satu tempat ni nama dia Look Out Point. Tak ada dalam tentatif program pun sebenarnya. Tapi masa on the way nak ke kilang gamat, ternampak signboard ni. Jadi, saya cadangkan kepada abang ipar saya supaya singgah sana untuk tengok matahari terbenam.

Orang cakap, barang dan coklat kat HIG dulu murah. Mungkin jenama dia sudah popular. Walaupun beza dengan kedai lain cuma RM1, tapi kalau dah beli sekali borong, banyak jugak boleh saving. Kebetulan, masa tu ada 2 jam lebih sebelum nak sunset. Jadi kami semua bercadang untuk pergi shopping cenderahati dan coklat yang telah dikirim oleh rakan dan keluarga di Haji Ismail Group (HIG).

"Papa! Tu kapal terbang!" - Adam eksaited.


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

20 March 2014

Trip Langkawi | Langkawi Bird Paradise Wildlife Park

0 comments
Petangnya, selepas kami lunch, solat jama’ takdim -- musafir dan rest, kami ke lokasi seterusnya, Langkawi Bird Paradise Wildlife Park yang terletak di Jalan Ayer Hangat. Cuaca yang panas membahang macam ni, eloklah kalau berjalan dalam bangunan saja.

Seperti biasa, sebelum ke kaunter di lobi, sediakan IC siap-siap untuk beli tiket. Harga tiket untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM10 dari umur 3 hingga 12 tahun. Rasanya masa pergi hari tu ada diskaun 50% kot. Sama ada bayar RM7 atau RM15. Tak ingat dah!



MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)

12 March 2014

Trip Langkawi | Langkawi Cable Car & Oriental Village Langkawi

2 comments
Aktiviti pertama kami di Langkawi di awal pagi ialah menaiki Langkawi Cable Car, yang terletak di Oriental Village. Kami bersarapan di satu kedai makan yang berada di kawasan parking kereta dekat Oriental Village tu.

Jangan lupa check-in Foursquare ye. Haha!


MAAF! ENTRI TAK BERAPA BEST. KALAU TAK RAJIN NAK KOMEN, LIKE SAJA PUN DAH OK :)